Keretapi berkelajuan tinggi Utara-Selatan (Vietnam)

Kereta api berkelajuan tinggi Utara-Selatan (Vietnam: Đường sắt cao tốc Bắc-Nam) ialah suatu projek cadangan kereta api laju di Vietnam. Laluan kereta api bermula di Hanoi dan berakhir di bandaraya Ho Chi Minh. Jumlah panjang adalah 1,570 km.[1] Shinkansen Jepun akan digunakan pada laluan ini, dengan kelajuan purata sekitar 300 km per jam (berbanding 50 km/j pada 2009).[2] Jumlah kos dijangka sebanyak USD $55.85 bilion.[3]Pada 19 Jun 2010, selepas berbulan-bulan dibincangkan, parlimen Vietnam menolak pembangunan sistem ini, dikatakan kerana faktor kosnya.[4]